This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 8 July 2012

PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2013


PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my  atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN PEGAWAI AMBILAN 2013 (KOHORT 7)


Dimaklumkan bahawa SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA bagi KURSUS PERSEDIAAN 12 MINGGU BAGI PROGRAM BAHASA JEPUN SATU TAHUN boleh dilakukan disini. Hanya yang telah menghantar borang permohonan bagi program ini ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG),KPM sahaja boleh membuat semakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan, BPG  di talian 03-8884 1242/1230/1051.

Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012





Permohonan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 sebagai opsyen tambahan
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru mempelawa semua guru yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani 2012 Anjuran KPM. Program ini akan dijalankan secara Kursus Dalam Perkhidmatan. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi url berikut http://apps.moe.gov.my/abpg/DAPJ2012/  pada atau sebelum 18 Julai 2012. Program akan dijalankan bermula 25 Julai 2012.